get ready for new school !

tahun depan, tahun baru. sekolah baru. kawan baru. cikgu baru. alat tulis baru. uniform pun baru. huhu. senang cakap,semuanya baru lah. termasuk diri saya. saya akan cuba perbaiki diri saya. saya akan cuba kurangkan main fb. mungkin tahun depan,saya akan jarang bukak blog.. :( blog saya akan jadi bersawang dan berhabuk. tapi, bila saya ada masa nanti,saya mesti akan update blog ni! saya tak sanggup biarkan blog saya tidak di-update selama-lamanya! saya juga tak sanggup tak tinjau blog cikgu kesayangan saya!

saya tak dapat masuk sbp... rasa sedih jugaklah. tapi,tak de lah sedih sangat sangat sampai lebam biji mata nangis. sekolah saya,2 orang yang dapat masuk ke sbp. sorang dapat masuk sbpi jempol. sorang lagi sains rembau.

tahun depan saya masuk SMKAP. duduk asrama ke tidak? kalau dah sekolah dekat pedas tu,ulang alik je lah. tak jauh sangat dan tak dekat sangat.ok,kalau masuk sekolah agama mesti kena pakai tudung labuh dan hujung lengan baju kena cekak.saya tak cakap yang saya tak suka. cume tak berapa biasa. ye la...selalunya,pakai tudung biasa biasa je. hujung lengan baju pulak, biasa je. tak de la cekak cekak. 

hanya 3 orang budak sekolah saya yang dapat masuk SMKAP. tak tau la sama kelas ke tidak.  saya pun tak tau lagi, satu tingkatan tu ade berapa kelas.saya harap sama kelas. kalau dah sekolah menengah nanti,mesti balik lambat sikit kan? sebab subjek dah banyak. dan beg sekolah pun makin berat. 

saya harap cikgu tak garang. saya harap kawan sekelas tak sombong.saya harap kedudukan saya dalam kelas tak terlalu belakang. tak tau kenapa... tapi,saya memang tak suka sangat duduk belakang sekali. dan saya tak suka jugak duduk depan sekali. mungkin takut disoal oleh cikgu. huhu. saya harap saya dapat duduk tengah tengah. bawah kipas. hihi. 

cukup untuk saya membebel hari ni.tapi,elok jugak saya membebel sekarang sebab nanti dah tingkatan satu,tak dapat bukak blog selalu untuk membebel. tapi untuk kali ni,saya rasa dah cukup membuatkan pembaca blog ni pening dengan bebelan saya.saya harap anda tak jemu untuk baca entri entri dalam blog saya yang tak seberapa ni. bye! *gonna miss my blog so much! *


Comments

  1. good luck nabihah.
    sekolah menengah tak sama dengan sekolah rendah tau!
    make a lot of good friends kat sekolah baru nanti!
    :)

    ReplyDelete
  2. thanks cikgu.
    tau tu. berdebar debar rasanya!
    insyaallah!
    ;) doakan saya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KESUMA 2016

what life teaches me about myself this year.

22 Disember 2014 #PT3