Selamat Datang, Ramadhan! :)

Assalamualaikum. Lama tak update. Maaf. Sibuk la kebelakangan ni. Homework menimbun. ok ok, cukup membebel.

Alhamdulillah, tahun ni saya sempat sampai ke bulan Ramadhan. Ramadhan jatuh hari rabu,kan? Waktu tu memang saya kat asrama la kan... Malam rabu tu dah start tarawih. Dah lama tak solat tarawih, tu yang tersengguk sengguk sikit tu. Tapi, second day dah ok. Minggu fisrt puasa, mestilah nak rasa berbuka + sahur dengan family,kan? jadi, *hari jumaat tu, kami semua dibenarkan balik termasuk tingakatan 3 & 5. Kesian diaorang. Last sekali diaorang balik ialah waktu cuti 2 minggu haritu. Kesian kan? Maknanya dah 6 minggu diaorang tak balik. Lagi kesian. Ala.. macam mana saya, tahun depan?!Argh.

Sahur, macam biasa kat DM. DM bukak pukul 4 pagi. kot la.. saya turun pukul 4:45 macam tu la... First day haritu, ramai sangat orang sahur kt DM. Sampai ada yang tak cukup makan. Second day, masih ramai tapi lambat la. Pukul 5 baru ramai. Third day, sama macam second day.

Dekat kantin ada 'baazar'. Tak tahu la mula pukul brape. tapi yang saya tahu, tutup pukul 6:30 petang. Pukul 6:30 petang, kena pergi musolla ada tadarus al-quran. Mengaji ikut dorm. Buat halaqah, baca one by one. Setiap dorm ada juzuk target sendiri. Kena habiskan juzuk yang di-target tu dalam bualan Ramadhan ni. Lepas semua orang mengaji, boleh bersurai. Duduk dalam saf, baca quran, bersedia untuk berbuka. Kitaorang berbuka air kosong dengan kurma dulu. Lepas solat maghrib, baru pergi DM untuk makan nasi.

Dalam DM, makan ikut dorm. Ahli dorm saya 10 orang. Cukup cukup je la kerusi untuk satu meja tu. Kalau yang dormnya ada 12 orang ahli, kena keluarkan 2 orang la. Alhamdulillah, dorm saya 10 orang. Best duduk ikut dorm Meriah je! :D Kena masuk musolla balik selewat lewatnya pukul 8:30 untuk solat Isya'. Lepas solat Isya', solat tarawih dan solat witir. Kat sini, buat 8 je. Habis solat biasanya dalam pukul 9:45. Lepastu terus pergi prep. Setakat ni, waktu prep habis belum ditukar, masih pukul 10:30.

*Kan saya dah cakap, hari jumaat tu saya balik... dan hari jumaat tu jugak lah ada perjumpaan tiga penjuru. Umi dan abah saya datang. Mula pukul 8:30 pagi. Umi dan abah saya datang pukul 10 macam tu la. Kalau dah jumpa cikgu tu, memang la umi dan abah saya tanya macam macam kan. Alhamdulillah keputusan saya ok. Dalam batch, saya no.8. Dalam kelas, saya no.4. Saya dapat 6A 2B. B saya, sains dan KH. KH tu, mula2 dah dapat A. Tapi atas pagar la. Tiba tiba, ada pembetulan, dapat B. Wargh!! Kedudukan ni, dia tak tengok berapa A. Dia tengok gred Sains,Maths,BI. kalau A, dapatlah no. atas atas. Walaupun dia dapat hanya 3/8 A.

Tu je la nak bebel kat sini. Petang ni dah nak balik asrama. AAAAA!! Tak nak.Malas la nak balik asrama. :'(
Facts: Nak balik rumah, saya TAK SABAR.
            Nak balik asrama, saya SABAR.

P/s: Selamat menjalani ibadah puasa. Kumpul harta (pahala) sebanyak mungkin dalam bulan ni. Berlipat kali ganda tau. Malam lailatul qadar. :) Kurangkan buat perkara yang tak berfaedah. Kalau bulan tak puasa, ada syaitan. 'Bila buat jahat, boleh la salahkan syaitan.(padahal..) Tapi ini bulan Ramadhan, syaitan kena ikat. Bila buat jahat, salahkan diri sendiri',imam muda Fattah. Ok, bye. 

Comments

  1. selamat berpuasa untuk awak ye nabihah.. mesti seronok rasa berpuasa kat asrama kan? huhu..

    apa2 pun, tahniah dan cikgu harap awak akan terus berjaya dunia dan akhirat. chaiyok2! ^^

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa untuk cikgu jugak. haha. seronok tak seronok, kena rela je la. :D
    terima kasih,cikgu. amin! selamat berjaya untuk cikgu jugak dalam melatih cheerleaders2 tu. hehe. ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KESUMA 2016

what life teaches me about myself this year.

22 Disember 2014 #PT3