Eh, dah raya lah!

Assalamualaikum. Tajuk saya tu bukanlah bermaksud saya baru sedar dah raya. Dah lama sedar... saje je letak tajuk macam tu. :) 

Hari ni raya ke-10 dan saya baru nak buat entri pasal raya. Lambat. Sibuk sibuk. (alasan biasa) Tahun ni, puasa kat asrama macam lagi best daripada tahun lepas. Buka puasa dgn dormate memang daebak! Lepas ni, memang rindu... Kalau berbuka kat DM, meja dorm saya la yang paling lambat kosong. sori ye acik DM. hehe. banyak betul boraknya. 

Kalau balik asrama daripada pulang bermalam, memang banyak la 'tapau'nya. tak habis dekat DM, sambung dekat dorm pulak. Tu la sampai ada yang basuh 'baju' sebakul walaupun baru balik dari rumah. Esok la harinya.Ye, esok nak balik asrama. Urgh! Malasnya. Memanglah, cuba bagitau saya siapa yang rajin nak balik asrama? 

Realiti tidak boleh diubah. :( Homework dah siap. Baju dah kemas. Rations beli malam ni. Oh ye, hadiah untuk treasure hunt haritu. Sabar ye, korang. Sebenarnya, hari jumaat-last day sekolah-sebelum cuti haritu group saya ada buat treasure hunt untuk waktu BI. Memang best gile! Haha. Dah la best, gile pulak tu. :D 

Lepas BI, bahasa antarabangsa. Then, lepas rehat pergi dewan untuk ambik duit raya! Yeay! Memang heaven! Suka suki je hari jumaat tu. Al-maklumlah, nak cuti 2 minggu+raya kan? Sekarang? Esok nak balik asrama! Kena bawak bendera 'Jalur Gemilang' dengan kuih raya. Dah nak dekat sambutan Merdeka kan? 

Sebenarnya, tak de point nak cakap. Nak cakap ni je,

Selamat Hari Raya! Maaf zahir dan batin. Dari hujung rambut hingga hujung kaki, saya minta maaf. Jangan lupakan kerja rumah. 

Ok, tu je. Bye bye. Rindu Ramadhan! 

Comments

  1. selamat hari raya maaf zahir batin nabihah!
    *sebut sekali nafas, hehe*

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya maafkan saya cikgu terima kasih, cikgu! (Satu nafas)
      *hah, sape lgi terer kt sini? haha :D *

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KESUMA 2016

what life teaches me about myself this year.

22 Disember 2014 #PT3