CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, 24 November 2017

After all sunshines and little hurricanes,

Hi guys! I havent write anything in a while. My last entry is in 2016 so it has been a year. So, for sure there are lots of things happened for the prev months. But to make things relate, I would like to talk about my SPM first. Maybe ada kata, ala cerita dah lapuk, cerita last year kot takyah ungkit, but the fact that this is my blog, so who cares.

Pagi result keluar tu, sumpah cuak. Sampai sekolah, member tanya, kau dah check result? Sebab waktu tu, before result diumumkan oleh sekolah, student boleh check dulu through sms. You know that sms thing. Saya tak check sbb parents suruh tunggu je result sekolah. Time tu, kecoh la yang ni dapat straight As, yg ni slack 1. Laaagiii la saya nervous. Ada jugak yg bila tanya, dah check result? diaorang jawab belum. Tapi sengih sengih. -_- Before masuk dewan, dah ajak member tunggu result kat tandas. Sebab taknak ada pertumpahan emosi hahaha. Tapi takkan nak tinggal parents kat luar pulak kan. So duduk je la dalam dewan tu. Nervous takyah cakap. Memang padu.

Majlis pun start. Ucapan pengetua. Pengetua baru, kitaorang pun tak kenal. Ucapan pengetua tu bersambung dengan pengumuman nama calon yang dapat straight As. Bila pengetua cakap, "Jadi sekarang, saya akan umumkan calon calon spm 2016 yang mendapat semua A....." Time tu serious boleh rasa adrenaline mengalir all over the body memang hormone semua dah tak terkawal. I can feel all the butterflies in my stomach suddenly gets bigger. Lagi teruk dari nampak crush. Dia sebut la satu satu nama. The moment pengetua sebut nama saya, nangis jugak ofcs. Walaupun sebenarnya, saya tak tahu kenapa saya nangis. Dia mcm automatic. Maybe sebab terharu (?)

Tapi tiba tiba saya terfikir, betul ke tak nama saya yang pengetua sebut. Ye la, time tu dah la nervous tahap gaban, pastu mana la tahu apa yang saya dengar tu just my brain yang make up ke apa. Saya mcm terdiam sekejap. Lepas pengetua baca list tu, ada penyampaian hadiah, so dia sebut sekali lagi nama. Alhamdulillah. Feeling time tu bercampur baur. Happy, terharu, sedih. 

Bila jumpa kawan kawan, diaorang kata, "Tahniah biha. Kan aku dah cakap kau mesti dapat punya". Saya gelak je la. Tapi sebenar benarnya, jauh di sudut hati saya, saya sendiri tak yakin dengan result saya. Memang ramai kata, "ala biha kau takyah risau. Insya-Allah dapat tu". Sebab itu apa yang diaorang nampak kat luar. But for myself, saya sangat risau dengan result sebab orang kata kita kena bandingkan diri dengan orang yang lagi bagus. So bila saya bandingkan diri saya dengan kawan sekelas, saya nampak la diaorang struggle dan sangat layak dapat straight As. Kita sendiri tahu la kan, usaha kita banyak mana bila nak dibandingkan dengan orang lain. 

So the point is, kita sendiri yang tahu apa yang kita perlu usaha dan banyak mana kita kena usaha. Kalau ada orang nasihat kita buat itu ini, diaorang tu just assist. The main role is ourselves. Even banyak mana orang nasihat, banyak mana orang tolong, kalau kita sendiri taknak usaha, tak guna juga. So dont blame others for things that happened. If something good happen, be proud of yourself and thank others for helping. If not, dont blame others for not helping much, but ask yourself, kenapa tak usaha lebih, kenapa taknak ikut orang nasihat or why did you let ppl to conduct you? The choice is in you. Make a wise one. At the end of the day, it all goes back to you. Tapi kena ingat jugak, rezeki kita semua lain lain. Just remeber, Allah bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Dia Yang Maha Mengetahui. :)




I would like to thank my parents, all of my teachers and friends for helping me going through this restless year(2016). 

p/s: utk calon spm yang baru habis exam, doa banyak banyak. mintak lembutkan hati pemeriksa. jangan stress pikir paper haritu barai ke apa. sekarang ni, tinggal tawakkal je. Insya-Allah :)
oh and, i would like to talk abt where i am studying now tapi nantilah. kumpul cerita banyak banyak dulu baru best haha. see you soon

Wednesday, 16 March 2016

KESUMA 2016

Assalamualaikum. :) Long time no see. It's been a year.

So, KESUMA stands for Kursus Kepimpinan Ketua & Penolong Ketua Rumah. Tak masuk eh? Tak, sebenarnya, I'm not really sure KESUMA stands for what. Tapi, ianya kursus untuk KR & PKR SBP. *rumah kat sini merujuk kepada rumah sukan. tapi cikgu tak kasi sebut 'rumah sukan' sebab sistem rumah di sbp merangkumi semua aspek*

Tahun ni, KESUMA diadakan mengikut zon dan zon Timur &Selatan bertempat di Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu. 19-22 Feb 2016, berkampunglah kami di bumi SAHUT. SAHUT sekolah baru so, memang nampak elit. Asrama dia, kemas. Clean and clear. Serius clear gile.



Memang sesuai untuk Asrama Terbilang. Senang nak urus.

Di sana, kami didedahkan dengan hal-hal asrama dan rumah. Bagi saya, jadual, nak kata packed, tak de lah packed mana. Tapi, cara kami menjalaninya, itu yang sengsara. Macam biasa, bangun pagi, solat subuh. Benda pertama saya suka kat sekolah ni ialah asrama, musolla dan blok akademik, serius dekat. Saya yakin, masalah solat dalam dorm sekolah ni kurang. Untung BADAR SAHUT. Musolla dia kecik sikit berbanding STJ tapi serius musolla dia lawa. Menarik. Lepas solat, riadah. Riadahnya macam biasa la, senamrobik. Asing lelaki perempuan. Bagus an? Second thing saya suka kat sekolah ni ialah, perempuan ada court sendiri! Yeah!! Senang nak riadah, free from boys! Tapi senamrobik kureng sikit. Lagu tak rancak. First day tu je yang best. Next, move to slot kepimpinan. Ceramah dan aktiviti semua okey. Kat sini, saya belajar tentang 5 prinsip kepimpinan and it helps me a lot.

New chapter; special untuk Dewan Makan dia. But first, ingin ditegaskan di sini bahawa sistem rumah SAHUT serius kuat,mantap. Nak masuk DM, kena beratur ikut dorm 10/5 minit sebelum pukul brape tak ingat. Dah cukup ahli dorm, baru boleh masuk. Oh, dan kena bawak sudu garfu sendiri. Yep, setiap masa makan pakai sudu garfu guys. Meja panjang 12 orang. Semua dah masuk, bagi salam pada guru/warden, acik DM. Kemudian, 2 orang akan bangun dan sediakan makanan untuk dormmate. Semua meja dah sedia, sorang pelajar daripada rumah yang bertugas akan baca doa makan. Lepastu makan. Sewaktu anda makan, anda diperhatikan ye... Di sinilah demerit akan beraksi. Habis makan, budak tadi baca doa lepas makan, ucap terima kasih pada guru/warden, acik DM dan pinggan, cawan, bekas lauk, senduk, jag dibawa sekali untuk dihantar. Bangun duduk, tak boleh ada bunyi kerusi. Lepas makan ni pulak, merit beraksi di mana akan ada pelajar yang tolong lap meja, susun kerusi, etc. dan dapat merit. Ketika ini, saya berasa sangat bersyukur duduk di bumi STJ. Memang bagus, berdisiplin, tapi saya tak sanggup. --'

Aktiviti yang paling besar kami kena handle ialah Leadership Outreach bersama budak sekolah rendah sekitar Hulu Terengganu. Sebelum keluar dan menonjolkan diri depan adik adik, diri sendiri mesti dinilai dahulu. Perempuan tak sangat, lelaki paling senang nak dinilai. Rambut, seluar, tali pinggang, kasut. Part seluar paling senang nak detect kalau guna prinsip Kem Komanden. Cuba masukkan satu botol air mineral kecik dalam kaki seluar. Ada masalah tak muat? Maknanya, seluar anda berkaki senapang. Peng peng! Demerit di situ. Kan saya dah kata, sistem rumah is almost all about merit and demerit. Haha.

So, LO ada 4 ke 5 tak ingat sekolah rendah yang terlibat. Di Terengganu, sekolahnya dekat dekat. Jadi bilangan pelajar satu sekolah tu sikit je. Program tu hari Ahad maksudnya hari pertama dalam minggu persekolahan di Terengganu. Murid yang terlibat ialah murid tahun 4,5,6 disebabkan bilangannya yang sedikit. Kami dikehendaki menjalankan 3 slot yang rata ratanya memerlukan kami untuk menceritakan kelebihan hidup di SBP dan menarik minat mereka untuk masuk ke SBP. Tinggal di Hulu Terengganu menjadikan loghat mereka pekat dan agak sukar bagi kami yang duduk bahagian selatan ni untuk memahami. It does take time. Tapi seronok berbual dengan mereka sebab mereka kanak kanak yang innocent. Comel sangat. Haha

Kami


Mereka

We're having so much fun 
*saya pergi sekolah lain. kamera tak de kat saya waktu ni*

Aktiviti yang paling enjoy kat KESUMA, ialah Eksplorasi Tasik Kenyir sebab waktu tu lepak lepak je. Release stress kononnya. Haha. Ye la, dah maghi Ganu, takkang tak ke Kenyir, bohh?


So, that's it. What I'd learnt from KESUMA is a lot. It means a lot. 
But to be a leader is not that easy. There are lots of challenges that was never imagined.
And how you overcome all those challenges is the real Leadership.


*But seriously, everytime I look at the pictures of us is like the first time. Evergreen kot ^_^*

"We built our own house with our hands over our hearts
And we swore on that day that it will never fall apart"
                                                          -Misterwives

Friday, 26 December 2014

22 Disember 2014 #PT3

Assalamualaikum. :) 

Tajuk tu... Hehe. Tarikh keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 diumumkan. Pertama kali, ye. Sebab 2014 merupakan tahun pertama PT3 dijalankan. Dengar cerita result this year jatuh merudum. Ramai candidates yang sangkut kat Maths & Science, termasuk saya.Saya dapat 9A 1B. Dan macam yang saya cakap, saya sangkut kat Science. --' Saya rasa hampir semua form 3 merungut Science susah waktu keluar dewan peperiksaan haritu. Memang pun! 

Ceritanya macam ni, sebelum PT3, macam biasa, kami buat latihan. Untuk subject Science ni, okay kami dah tahu corak soalannya macam mana. Contohnya, mula2 akan ada soalan yang memerlukan calon tick2. Kemudian ada soalan 'true/false'. Pastu ada soalan yang memerlukan jawapan dan sedikit huraian. Next ada soalan yang memerlukan huraian yg lebih mendalam. Move on pada soalan yg membekalkan text dan jawapannya berdasarkan text. Ada soalan KBAT. Okay, kitaorang memang dah familiar dgn corak yg ini dan menyangka memang corak yg mcm nilah yg akan keluar. Tup tup, yg keluar memang lain gila! Soalan KBATnya memang guna HOTS gila! Haha. Ada tiba2 suruh orang lukis. Memang mengucap la saya. Tapi conclusionnya soalan Science bagi saya, susah.
Macam tu la ceritanya mungkin kenapa saya dapat B. Hehe.

Calon PT3 kat STJ, ada 134 orang kalau tak silap. Out of 134 candidates, only 6 of them had survived. *pergh, ayat.. :D  4 perempuan, 2 lelaki. Ada je sekolah yg budak straight A nya melambak. Tapi tahun ni, bukan rezeki STJ kot. Mintak maaf banyak2, cikgu2 STJ, kami dah hancurkan reputasi sekolah. Kot la... 

Jangan salahkan kami atas result kami yang tak seberapa sebab kami belajar format dan corak baru hanya 3 bulan sebelum exam sebenar. Dengan semuanya subjektif lagi. Lagi lagi KH, pergghh, nak hafal langkah2 utk bahagian B tu yg sengsara tu. Tapi Alhamdulillah, saya dpt A utk subjek KH. 

Seriously saya tak kisah nak jalankan PT3 tapi biarlah sistematik. I mean, kenalkan format dan corak soalan awal2, bukannya mengejut macam ni. Kalau kami ni robot, boleh je. Insert data, on button, set, jawab soalan. Lagi2 kena pulak kat tahun saya form 3, memang --'
Kalau budak form 1 '14 batch first ambik PT3, mungkin lebih sesuai kot. Sebab mereka ada masa 3 tahun sebelum PT3 yg sebenar. Boleh buat banyak preparations. Insya- Allah, resultnya gempak. Look, I'm not saying this because my result is not 10 As. It's just because they're not suppose to do this. Think, and you know why.*although yeah, I know quality is more important than quantity, but still. 

Tapi, apa2 pun, past is past. Nothing can be changed. PT3 baru pertengahan. SPM ada lagi. Itu lagi penting. Yang menentukan hala tuju kita, future kita.Btw, tahniah pada calon PT3 seluruh Malaysia yg dapat straight A. Teruskan kejayaan anda. Bagi yang belum berjaya, tahniah jugak sebab kita dah usaha. :)

So, strive for SPM starts from now! Bio, Chemist, Phisycs, Add Maths, we'll meet next year. Sure it's gonna be a tough year. --' Ya Allah, please ease my way. ;)



Monday, 24 November 2014

People change.

Assalamualaikum. Tujuan menulis entri kali ni adalah --'. Boring, mungkin? 

Sedasawarsa ini, *ceh* saya semakin sedar yang semua orang berubah. Memang tak dinafikan yang semua orang berubah dari segi fizikal. Yang rendah, makin tinggi. Yang kurus, makin berisi. Yang kurang hensem, makin macho. Yang comel, makin cantik. Tapi, itu semua saya tak kisah. Yang menarik hati, rasa, dan perhatian saya ialah, dalaman mereka. Perangai dan sikap mereka. 

Saya ni, duk belek belek facebook tu ha. Ye la, tak de yang sudi berbual. Lepastu, mulalah jadi stalker tak bertauliah. Saya tengok, semua orang, tak, salah, tak semua orang, cuma yang dekat dengan umur saya, update status tentang perasaan, upload gambar cantik cantik, hensem hensem. Saya inbox pun dah liat nak balas. Saya senyum. Mereka dah berubah. Kalau dulu, ade je benda nak diborak. Sekarang, semua bawak haluan masing masing. Tinggallah saya terkontang kanting kat sini. Layan perasaan sendiri. 

Okey, saya sedar. Saya tak boleh salahkan mereka sebab berubah. Mungkin mereka berubah atas faktor masa. Ye la, mana boleh, umur bertambah tapi perangai macam budak budak, kan? Mungkin jugak sebab mereka dah dapat pengajaran atas pengalaman yang lalu. Tak nak la pisang berbuah dua kali, kan? Tapi dalam banyak banyak sebab dalam dunia ni, yang paling saya tak boleh terima ialah kalau mereka berubah sebab orang lain. Contohnya, si L ni berubah jadi macam X sebab si P kata dia suke perangai X. Aduh, yang ni paling saya tak boleh tahan. Sebab biasanya, kes macam ni akan diakhiri dengan si L merana sebab last last si P tak endah pun dengan perubahan dia. 

Atau mungkin selama ni, saya yang salah. Nabihah, try to put the blame on you. Mungkin mereka tak berubah. They just reveal the real them. A'ah, kan? Tak pernah pulak saya terfikir selama ni. Saya je kot yang tak betul betul kenal mereka. Haihh...--' 

Tapi, saya faham. Every cloud has a silver lining,kan? Mest ada hikmah punyalah. Cuba bayangkan kalau semua orang dalam dunia ni remains to be the same. Mesti boring tahap gaban,kan? Semua orang perasaannya sama je. Dari dulu sampai sekarang. Daa? What a dull life, buddy. Hidup ni kena ada asam garamnya. Baru enjoy. Kalau clean and clear je semuanya, bukan hidup namanya.

Sudah tiba masanya untuk saya melabuhkan tirai bebelan saya malam ni. Jadi, kepada umat manusia di luar sana yang ada orang rapat yang semakin berubah, percayalah, mereka ada sebab yang tersendiri. Together we smile facing the changes. Just stay close with memories because it will never ever change although people in it does. And to those whom I close with, believe me that Insya-Allah, I'll never change on being either your friend or bestfriend. You'll always have my shoulders to cry, my ears to listen and my mouth to smile. And I'm sorry if I change too.


Sorry, buddy. :')

Sunday, 31 August 2014

Pitythree

Hai, Assalamualaikum. Lama dah tak merapu kat blog ni. Nama pun form 3 kan? Mestilah sibuk, tahun peperiksaanlah katakan... Tapi, nak bagitahu jugak pasal Listening and speaking test. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar di atas kehendakNya.

Pertama sekali, saya bersyukur kepada Allah kerana telah memberi saya kekuatan ingatan yang membolehkan saya menghafal point point dengan cepat serta memberi kefasihan untuk saya bertutur. Seterusnya, terima kasih kepada  parents yang sentiasa mengiringi saya dengan doa. Kawan kawan yang sentiasa berada di sisi memberi sokongan dan bantuan. Kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak, terima kasih banyak. :)

Listening test untuk BM & BI, harapnya okey lah sebab masih tak tahu perkhabarannya. Yang saya nak cerita ni pasal Speaking test. BM & BI. Untuk BM, dia grouping. Group saya 5 orang. Masa yang diberi adalah 12 minit. Jadi, setiap orang perlu cakap selama lebih kurang 2 minit setengah. Lokasinya di Gapura Ilmu(perpustakaan). Setiap group  akan dipanggil oleh guru bertugas untuk turun ke bahagian bawah Gapura, bilik APD. 

Tiba giliran group saya, kitaorang pun turun melalui tangga 'Rapunzel'. Masuk bilik kuarantin. Kat situ, diberi tajuk perbincangan. Tajuk kami, Ciri ciri pelajaar cemerlang. Kitaorang senyum je dapat tajuk tu sebab kebetulan malam sebelum tu, kami memang ada bincang pasal tajuk tu. Masa diberi 10 minit untuk berbincang. Kami diberi sehelai A4 setiap orang untuk mencatat. Seriously, 10 minit tu terasa sekejap sangat. Habis 10 minit, masuk bilik APD. Duduk atas kerusi. Kami diberi pilihan untuk duduk/berdiri waktu bercakap. Saya second speaker. Saya bercakap dengan agak lancar, ada la tersekat sikit sikit. Ha, ambik kaw, keluar semua statistik, ungkapan menarik. Terima kasih, cikgu Helmy atas semua tunjuk ajar. Bunyi je loceng untuk minit ke-12, kami habis bercakap. Kitaorang boleh tersenyum sebab kitaorang dapat buat lebih baik daripada yang kitaorang practice

Untuk BI pulak, individual. Macam BM, duduk kt gapura, tiba masa, turun bawah. Cuma bezanya, BI ni dua sesi berjalan serentak. Satu dekat bilik APD, satu dekat bilik kuarantin. Saya dapat bilik APD. Guru pentaksir setiap orang, 2 orang. Tiba giliran saya, turun tangga 'Rapunzel' sambil baca robbi yassir wala tu'asir. Moga moga Allah mudahkan urusan. Saya cuba praktikkan beberapa tips yang kawan saya ajar, masuk bagi salam. Jangan sengih, senyum boleh. Cakap good morning. May I have a sit? Okey, permulaan yang bagus. 

Saya rasa sir sengaja buat lawak untuk kurangkan rasa nervous dalam diri studentnya dan ya, dia berjaya. Mula mula reading part. Saya kena baca text 3  yang berkisar tentang Muthu yang nak pergi ke sebuah nursery and beli barang barang untuk menghias taman kat rumah dia. Dalam text tu, ada conversations yang saya rasa untuk menguji kepakaran pelajar menggunakan intonasi yang betul. Yeay, saya berjaya untuk itu. Untuk speaking test, saya dapat topic having idol. Saya senyum. Tiba tiba sir tanya, Why are you smiling? Saya cakap lah, Because I've prepared for this topic. Tetiba teacher cakap, since you've prepared this topic, so we should change the topic lah. Saya dah gelabah dah. Pastu teacher cakap, Just kidding. Tarik nafas lega, saya. Then, You have one minute to think about it. Tak banyak yang saya fikir waktu 1 minit tu. Saya cuma ulang ulang ayat untuk pastikan saya fasih bercakap. Habis 1 minit, saya pun cakap.

Saya dah nak masuk kesimpulan, tapi saya rasa pendek sangat. So, dengan tiba tiba an idea popped into my mind. Saya pun membebel la pasal PT3,busy preparing for the listening and speaking test. Pastu tetiba masuk pulak firman Allah yang, Allah will never put the burdens on those who can't afford it. Ha, amik kaw. Saya sendiri pun terkejut. Lepastu, baru saya masuk kesimpulan. Bla,bla,bla... Alhamdulillah, hasilnya memuaskan dan agak memeranjatkan. :) :) :)

Betul lah apa yang kawan kawan cakap selama ni, "kau boleh punya. Sekarang memang lah kau macam blank je tapi kat dalam bilik tu nanti, macam macam idea keluar." Mula mula saya macam tak percaya je, tapi sekarang, betul lah. Alhamdulillah. Aku bersyukur, Ya Allah. Yang penting usaha, dah usaha, tawakal banyak banyak.

Tu je nak cakap kali ni. Minggu depan trial. Doakan saya. Bulan 10 the real ujian bertulis punya. Doakan saya. Doa tu kan senjata orang Islam.

                                                                                                                      Hopes and dreams,
                                                                                                                                                           nnmn

Tuesday, 27 May 2014

Exam mood is over!

Assalamualaikum.

Sekarang dah masuk hampir 5 bulan saya bergelar 'Zahrawians'. Semuanya okey. Classmates baru saya sporting belaka. Tak de yang sombong, tak de yang jahat, tak de yang berlagak. 

Setiap kali awal tahun, ujian bulanan pertama(UB1) sudah menjadi acara wajib bagi setiap sekolah termasuk sekolah saya. UB1 hanya menguji subjek TERAS; 8 subjek tu lah. Kitaorang exam hanya 2 hari. 4 subjek setiap hari. Memang BEST! haha. Saya tak berapa ingat jadualnya. Tapi yang pastinya memang packed habis la.

First first masuk Zahrawi memang study je lah kerjanya. Hehe. Tak de mood lagi nak borak borak. Mana tak nya, hati masih di Khawarizmi. Nyeh..Hasil study saya yang macam nak 'muntah hijau hadap buku' tu, saya dapat 6A. Lagi 2 tu, biarlah rahsia~. Haha. Alhamdulillah, dalam kelas saya dapat no.1. UB1, cikgu tak tunjuk ranking dalam batch. Peperiksaan Pertengahan Tahun(PPT) & Peperiksaan Akhir Tahun(PAT) baru ada ranking dalam batch.

Bercakap tentang PPT, saya baru sahaja habis PPT. Saya exam 5 hari. Bagi saya, jadualnya kali ini okey lah. Tak terlalu packed sebab sehari tu, hanya ada satu subjek berat. Semalam bersamaan hari last sekolah untuk penggal 1 dan juga hari last exam, saya pergi jumpa guru kelas saya sebab ada hal sikit. Then,tetiba cikgu bagi markah GEO & SIVIK. Laju kan, cikgu saya tanda?

Dapat je kertas tu, dengan hati yang sejuk beku keluar dari bilik guru dan balik kelas. Dalam hati mengharapkan A  sebab saya rasa soalan GEO haritu takde lah susah mana pun. Tapi nak buat macam mana, tak de rezeki. Saya dapat B;73. Uwaaaa! Dah ada satu B. :( Doa doakanlah markah exam saya yang lain. Saya harap ada peningkatan. Kalau tak pun, saya tak nak menurun. Tolonglah saya, Ya Allah.



                                                                                                         Lots of hopes & dreams,
                                                                                                                       NNMN

Saturday, 1 March 2014

Pengalaman

Assalamualaikum. Apa khabar? Saya harap semua sihat. Ini merupakan entri pertama untuk tahun 2014. Saya nak ucapkan selamat tahun baru walaupun ianya dah TERLALU lambat. Better late than never,right?  Jadikan tahun ini tahun yang jauh lebih baik daripada tahun yang sebelumnya. 

Okay,start cerita.~ Hari daftar sekolah, memang berdebar sebab tak confirm lagi sape jadi dormmate saya,classmate saya, tablemate saya,etc. Macam tahun yang sebelum ni, class ikut ranking. Macam yang saya tulis sebelum ni, result final exam saya,,,sangatlah --'. Jadi debaran di hati ini hanya Allah yang tahu. Pendaftaran kelas dalam DM. Kat luar DM ade senarai nama mengikut kelas. Tahun lepas, Batani kelas first. Tengok list Batani, nama saya dan besties saya tak de. Next, tengok dekat Khawarizmi, nama saya tak de tapi nama besties saya ada. Ok, saya dah cuak! Tiba tiba mata saya menangkap sebaris nama yang cukup sinonim dengan diri saya pada senarai nama ahli kelas 3 Al-Zahrawi. Haha. *ayat nak gempak* Nama saya lah tu! Rasa nak nangis, mungkin sebab last year kelas tu second last. Umi saya daftarkan saya. Saya mintak umi tanyakan cikgu kelas ni kelas ke berapa. Tahu tak cikgu cakap ape? "Tahun ni, kami tak ikut ranking. Kami ikut bahasa antarabangsa yang murid ambil. Ikut macam waktu form 1 dulu." Dalam hati saya, 'Saya ambil B.Arab. Form 1 dulu saya kelas Khawa!' Alhamdulillah, sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Allah takdirkan saya masuk kelas Zahrawi bersama dengan seorang lagi budak Khawa '12, Alifah. 

Malam tu, tak de prep. Esok pagi tu baru bawak buku teks,buku rujukan,buku latihan ke kelas. So far,semuanya ok. Saya bukannya tak suka masuk kelas Zahrawi. Jangan salah faham,ye. Saya kan dah 2 tahun sekelas dengan besties, jadi bila nak berpisah tu, susah la sikit. Ye la, 'kami buddyz takkan terpisah',kan? Time prep tu, lepak kelas Khawa. Besties saya cakap, "Biha, kenapa kau masuk Zahrawi. Nanti dah tak dapat rehat sama sama, belajar sama sama, bincang sama sama, etc." Saya senyum je. Saya nampak diaorang betul betul maksudkan apa yang diaorang cakap. Waktu itu baru saya dapat rasa apa itu erti persahabatan. Thanks for being there when I need it,friends! I really appreciate it. <3

Saya cuba pandang perkara ini dari sudut perspektif yang berbeza;positif. Setiap perkara yang terjadi itu pasti ada hikmahnya. 
Perkara yang dapat saya simpulkan:
Saya mungkin akan lebih fokus untuk belajar sebab dah kurang kawan nak merepek.
Saya mungkin akan kurang cakap benda tak berfaedah sebab dah tak de benda nak dibualkan.
Saya mungkin akan kurang buat dosa sebab dah kurang cakap benda tak berfaedah.
Saya mungkin akan cepat ingat pelajaran sebab dah kurang buat perkara 'lagho'.

Sekarang dah nak masuk bulan 3. Saya masih dalam proses penyesuaian diri. Oh ye, minggu depan UB1. Wish me luck! :)  Saya harap dengan streaming class ini, dapatlah saya berubah ke arah yang lebih baik.

P/S: Saya dah tak tidur dalam kelas lagi waktu cikgu tak de. Tak percaya? Ada je saya tidur tapi itupun TERlelap. Ok, saya bangga dengan peningkatan itu. theeheehee. ;D

                                                                                                                      Lots of hopes & dream,
                                                                                                                                  NNMN