22 Disember 2014 #PT3

Assalamualaikum. :) 

Tajuk tu... Hehe. Tarikh keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 diumumkan. Pertama kali, ye. Sebab 2014 merupakan tahun pertama PT3 dijalankan. Dengar cerita result this year jatuh merudum. Ramai candidates yang sangkut kat Maths & Science, termasuk saya.Saya dapat 9A 1B. Dan macam yang saya cakap, saya sangkut kat Science. --' Saya rasa hampir semua form 3 merungut Science susah waktu keluar dewan peperiksaan haritu. Memang pun! 

Ceritanya macam ni, sebelum PT3, macam biasa, kami buat latihan. Untuk subject Science ni, okay kami dah tahu corak soalannya macam mana. Contohnya, mula2 akan ada soalan yang memerlukan calon tick2. Kemudian ada soalan 'true/false'. Pastu ada soalan yang memerlukan jawapan dan sedikit huraian. Next ada soalan yang memerlukan huraian yg lebih mendalam. Move on pada soalan yg membekalkan text dan jawapannya berdasarkan text. Ada soalan KBAT. Okay, kitaorang memang dah familiar dgn corak yg ini dan menyangka memang corak yg mcm nilah yg akan keluar. Tup tup, yg keluar memang lain gila! Soalan KBATnya memang umph gila! Haha. Ada tiba2 suruh orang lukis. Memang mengucap la saya. Tapi conclusionnya soalan Science bagi saya, susah.
Macam tu la ceritanya mungkin kenapa saya dapat B. Hehe.

Calon PT3 kat STJ, ada 134 orang kalau tak silap. Out of 134 candidates, only 6 of them had survived. *pergh, ayat.. :D  4 perempuan, 2 lelaki. Ada je sekolah yg budak straight A nya melambak. Tapi tahun ni, bukan rezeki STJ kot. Mintak maaf banyak2, cikgu2 STJ, kami dah hancurkan reputasi sekolah. Kot la... 

Jangan salahkan kami atas result kami yang tak seberapa sebab kami belajar format dan corak baru hanya 3 bulan sebelum exam sebenar. Dengan semuanya subjektif lagi. Lagi lagi KH, pergghh, nak hafal langkah2 utk bahagian B tu yg sengsara tu. Tapi Alhamdulillah, saya dpt A utk subjek KH. 

Seriously saya tak kisah nak jalankan PT3 tapi biarlah sistematik. I mean, kenalkan format dan corak soalan awal2, bukannya mengejut macam ni. Kalau kami ni robot, boleh je. Insert data, on button, set, jawab soalan. Lagi2 kena pulak kat tahun saya form 3, memang --'
Kalau budak form 1 '14 batch first ambik PT3, mungkin lebih sesuai kot. Sebab mereka ada masa 3 tahun sebelum PT3 yg sebenar. Boleh buat banyak preparations. Insya- Allah, resultnya gempak. Look, I'm not saying this because my result is not 10 As. It's just because they're not suppose to do this. Think, and you know why.*although yeah, I know quality is more important than quantity, but still. 

Tapi, apa2 pun, past is past. Nothing can be changed. PT3 baru pertengahan. SPM ada lagi. Itu lagi penting. Yang menentukan hala tuju kita, future kita.Btw, tahniah pada calon PT3 seluruh Malaysia yg dapat straight A. Teruskan kejayaan anda. Bagi yang belum berjaya, tahniah jugak sebab kita dah usaha. :)

So, strive for SPM starts from now! Bio, Chemist, Phisycs, Add Maths, we'll meet next year. Sure it's gonna be a tough year. --' Ya Allah, please ease my way. ;)



Comments

Popular posts from this blog

KESUMA 2016

puasa di stj