Pitythree

Hai, Assalamualaikum. Lama dah tak merapu kat blog ni. Nama pun form 3 kan? Mestilah sibuk, tahun peperiksaanlah katakan... Tapi, nak bagitahu jugak pasal Listening and speaking test. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar di atas kehendakNya.

Pertama sekali, saya bersyukur kepada Allah kerana telah memberi saya kekuatan ingatan yang membolehkan saya menghafal point point dengan cepat serta memberi kefasihan untuk saya bertutur. Seterusnya, terima kasih kepada  parents yang sentiasa mengiringi saya dengan doa. Kawan kawan yang sentiasa berada di sisi memberi sokongan dan bantuan. Kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak, terima kasih banyak. :)

Listening test untuk BM & BI, harapnya okey lah sebab masih tak tahu perkhabarannya. Yang saya nak cerita ni pasal Speaking test. BM & BI. Untuk BM, dia grouping. Group saya 5 orang. Masa yang diberi adalah 12 minit. Jadi, setiap orang perlu cakap selama lebih kurang 2 minit setengah. Lokasinya di Gapura Ilmu(perpustakaan). Setiap group  akan dipanggil oleh guru bertugas untuk turun ke bahagian bawah Gapura, bilik APD. 

Tiba giliran group saya, kitaorang pun turun melalui tangga 'Rapunzel'. Masuk bilik kuarantin. Kat situ, diberi tajuk perbincangan. Tajuk kami, Ciri ciri pelajaar cemerlang. Kitaorang senyum je dapat tajuk tu sebab kebetulan malam sebelum tu, kami memang ada bincang pasal tajuk tu. Masa diberi 10 minit untuk berbincang. Kami diberi sehelai A4 setiap orang untuk mencatat. Seriously, 10 minit tu terasa sekejap sangat. Habis 10 minit, masuk bilik APD. Duduk atas kerusi. Kami diberi pilihan untuk duduk/berdiri waktu bercakap. Saya second speaker. Saya bercakap dengan agak lancar, ada la tersekat sikit sikit. Ha, ambik kaw, keluar semua statistik, ungkapan menarik. Terima kasih, cikgu Helmy atas semua tunjuk ajar. Bunyi je loceng untuk minit ke-12, kami habis bercakap. Kitaorang boleh tersenyum sebab kitaorang dapat buat lebih baik daripada yang kitaorang practice

Untuk BI pulak, individual. Macam BM, duduk kt gapura, tiba masa, turun bawah. Cuma bezanya, BI ni dua sesi berjalan serentak. Satu dekat bilik APD, satu dekat bilik kuarantin. Saya dapat bilik APD. Guru pentaksir setiap orang, 2 orang. Tiba giliran saya, turun tangga 'Rapunzel' sambil baca robbi yassir wala tu'asir. Moga moga Allah mudahkan urusan. Saya cuba praktikkan beberapa tips yang kawan saya ajar, masuk bagi salam. Jangan sengih, senyum boleh. Cakap good morning. May I have a sit? Okey, permulaan yang bagus. 

Saya rasa sir sengaja buat lawak untuk kurangkan rasa nervous dalam diri studentnya dan ya, dia berjaya. Mula mula reading part. Saya kena baca text 3  yang berkisar tentang Muthu yang nak pergi ke sebuah nursery and beli barang barang untuk menghias taman kat rumah dia. Dalam text tu, ada conversations yang saya rasa untuk menguji kepakaran pelajar menggunakan intonasi yang betul. Yeay, saya berjaya untuk itu. Untuk speaking test, saya dapat topic having idol. Saya senyum. Tiba tiba sir tanya, Why are you smiling? Saya cakap lah, Because I've prepared for this topic. Tetiba teacher cakap, since you've prepared this topic, so we should change the topic lah. Saya dah gelabah dah. Pastu teacher cakap, Just kidding. Tarik nafas lega, saya. Then, You have one minute to think about it. Tak banyak yang saya fikir waktu 1 minit tu. Saya cuma ulang ulang ayat untuk pastikan saya fasih bercakap. Habis 1 minit, saya pun cakap.

Saya dah nak masuk kesimpulan, tapi saya rasa pendek sangat. So, dengan tiba tiba an idea popped into my mind. Saya pun membebel la pasal PT3,busy preparing for the listening and speaking test. Pastu tetiba masuk pulak firman Allah yang, Allah will never put the burdens on those who can't afford it. Ha, amik kaw. Saya sendiri pun terkejut. Lepastu, baru saya masuk kesimpulan. Bla,bla,bla... Alhamdulillah, hasilnya memuaskan dan agak memeranjatkan. :) :) :)

Betul lah apa yang kawan kawan cakap selama ni, "kau boleh punya. Sekarang memang lah kau macam blank je tapi kat dalam bilik tu nanti, macam macam idea keluar." Mula mula saya macam tak percaya je, tapi sekarang, betul lah. Alhamdulillah. Aku bersyukur, Ya Allah. Yang penting usaha, dah usaha, tawakal banyak banyak.

Tu je nak cakap kali ni. Minggu depan trial. Doakan saya. Bulan 10 the real ujian bertulis punya. Doakan saya. Doa tu kan senjata orang Islam.

                                                                                                                      Hopes and dreams,
                                                                                                                                                           nnmn

Comments

Popular posts from this blog

KESUMA 2016

puasa di stj

22 Disember 2014 #PT3