you're my new friends!

kalau tahun lepas, saya senior kat sekolah...sekarang tak. sekarang, saya lah yang paling junior kat sekolah.dekat sekolah menengah,banyak benda baru yang saya kena belajar. banyak peraturan yang berkaitan dengan senior.

kalau terserempak dengan senior perempuan, kena bagi salam. yang lelaki,tak payah la... angguk je pun dah cukup. kalau terlanggar senior, jangan lupa mintak maaf atau cakap 'sorry'.  jangan sesekali tunjuk hebat atau kurang ajar depan senior. nanti,  tak pasal pasal kena heret pergi bilik disiplin. lelaki dan perempuan tak boleh jalan dekat dekat. nanti ape pulak kakak senior fikir. ada banyak lagi, tapi ini je yang saya ingat.

tak tau lah sekolah lain ade ke tidak 'second intake' atau ambilan kedua... tapi sekolah saya ada. sebelum ni, budak sekolah saya yang masuk smkap 3 orang je.. 2 perempuan, 1 lelaki. selepas ni, budak sekolah saya yang masuk smkap, campur yang dah ade ni,5 orang tak termasuk diri saya. maknanya, tambah 2 orang. 1 lelaki, 1 perempuan. setakat ni, lima lima orang tu kelas saya dulu.

mesti lepas ni, tak bosan lagi... bertambah lagi 'geng' saya. jangan fikir,saya cuma kawan dengan budak sekolah saya je... saya ade jugak kawan baru tau! kelas saya ade 22 orang. tuah, helmi, umi, izzati, humaira, idlan, syafiq, haziq, ika, shahira, anas, mahmud, rashdan, aina, atiqah, fakira, amira, nabilah, fb dan nama yang lain masih tak berapa nak lekat dalam otak saya. maaf. sangat menyesali perkara ini.  --'

saya kawan dengan semua orang. tak ada sorang pun yang tak layak jadi kawan saya. saya layan semua orang sama taraf. tak ada beza. "aku terima kau seadanya. aku hormat kau selagi kau hormat aku. once bila kau dah sombong dengan aku, aku tak kisah. tapi ingat,, kau tak akan ke mana dengan sombong kau tu. dan jangan kedekut ilmu,ye." <==== pesanan untuk kawan baru saya. bye.

Comments

Popular posts from this blog

KESUMA 2016

puasa di stj

what life teaches me about myself this year.