tukar sekolah lagi

nampak tajuk atas tu kan? pelik ke dengan tajuk tu? tak tahu kenapa saya letak tajuk tu? ok,ok. biar saya cerita.  sebelum ni, saya sekolah dekat smkap kan? minggu depan, saya sekolah dekat smstj. saya dapat masuk sekolah situ untuk panggilan kedua. ada la 2 orang yang saya kenal sekolah situ. walaupun 2 orang je tapi, ape ape nanti, boleh la rujuk pada diaorang.


rasa rindu nak tinggalkan smkap tu memang la ada. ye la, dah 33 hari saya sekolah situ termasuk minggu orientasi. bagi saya, 33 hari tu lama.  :)  kawan kawan saya belum tau lagi pasal hal ni. cuma 2 orang kawan rapat saya je yang tau. yang sorang tu tau daripada ayah dia. yang sorang lagi tu tau daripada laman web. bila ditanya laman web apa? tak tahu. pelik pelik... 

mungkin hari rabu ni baru saya bagitau kawan kawan saya yang lain. saja nak buat surprise. ehh, surprise ke tu? pape je la. setakat saya sekolah dekat smkap ni, tak de lagi kenangan pahit yang berlaku. alhamdulillah.nak kena nangis ke? tak payah la... huhu.


nanti bila dah masuk asrama, balik rumah jarang dan saya rasa update blog pun akan jarang. bukannya saya tak akan update lansung lepas ni. saya akan update tapi mungkin lambat sikit la kot. doakan lah saya supaya dapat menempuh segala cabaran dekat sana. doakan saya tak meraung nak balik. doakan saya dapat kawan kawan atau kakak kakak yang baik. doakan saya supaya dapat memahami segala apa yang diajar. terima kasih la pada yang sudi doakan. pada yang tak sudi, tak pe. ok,bye.

Comments

Popular posts from this blog

KESUMA 2016

what life teaches me about myself this year.

After all sunshines and little hurricanes,