Final Exam. :'(

Ya Allah, andai ini ujian Mu buatku, ku terima dengan redha. Kau berikanlah ku kekuatan untuk menimba ilmu dengan lebih banyak selepas ini. Sesungguhnya, apa yang terjadi itu pasti ada hikmahnya. Aku bersyukur kepadaMu kerana kau berikan ujianMu kepadaku. 

Allah berikan ujian kepada kita kerana Dia sayangkan kita. Dia tidak mahu kita alpa dengan kesenangan yang ada. Alhamdulillah, Allah masih sayangkan saya dan dia berikan saya ujian agar saya tidak lupa kepadaNya dan tidak leka.

Pelik ke mukadimah saya? Hmm.. baca mukadimah + tajuk, mesti dah tahu result saya kan? Saya sendiri tak percaya dengan diri saya. Memang drop gila gila! Ya Allah, waktu dapat result saya memang tak tahu nak cakap apa. Jerit je la yang boleh. Tak nak cerita kat sini result saya. Yang penting, memang drop gila gila.

Lepas ni, saya dah tak nak buang masa. Insha Allah saya akan belajar sentiasa. Maksudnya, setiap kali habis belajar, nak study. Saya ni, memang tahu dah nak exam. Baca buku, memanglah baca. Tapi tak berapa nak fokus. Niat dalam hati tu memang dah ada nak study. Tapi, bila pressure tu tak rasa, saya jadi tak fokus sebab saya rasa exam tu lama lagi. Kat sini lah silap saya. Okay, saya menyesal.Conclusion: Ulangkaji setiap kali habis belajar.

Duduk asrama, memang sentiasa dikelilingi kawan kawan. Semuanya kena ingat sendiri. Tak de parents yang nak suruh kita study untuk exam. Jadi, di sini juga saya salah! Saya LALAI! Asyik berborak je... Nabihah, lepas ni jangan mudah terpengaruh dengan kawan. Nampak kawan buat port, jangan join. Tolonglah jangan bazirkan masa! Orang lain tak study, abaikan. Dia dah pandai. Awak tu bukannya pandai macam diaorang. Conclusion:Jangan ikut kawan.

Biarlah perangai orang lain. Perangai dia bukan perangai saya. Jadi, tak payah nak sibuk bergossip pasal orang lain. Boleh jadi, orang tu tahu kita mengumpat pasal dia dan dia tak redha. Ha, macam mana? Kan susah tu.  Memang susah nak berhenti, tapi tak salah nak cuba kan? Slow slow la. Rome is not built in a day. Conclusion: Berhenti cakap pasal orang lain.

Ingat Allah. Buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang. Jangan alpa, Nabihah! Walau sesibuk mana pun awak study, mesti ada punyalah masa untuk awak beribadat. Lepas solat, kan ada masa tu...? Baca Quran. Kalau malas nak ambik Quran, zikir. Islam itu mudah. Allah tak akan bebankan hambaNya. Ingat tu. Conclusion: Jangan lalai. Jaga ibadat!

Saya rasa itu je yang saya dapat tulis sekarang. Jadi, pembaca sekalian, ambillah iktibar daripada entri saya ni. Hidup itu umpama roda. Kadang kita di atas, kadang kita di bawah. Jangan terlalu bangga diri. Assalamualaikum w.b.t. Semoga jumpa di lain entri. :)

Comments

  1. assalamualaikum nabihah.
    pertama sekali, cikgu ucapkan tahniah sebab awak tahu apa kekuatan dan kelemahan awak.
    tak semua orang tahu dan kenal diri sendiri. ada yang tahu, tapi saja buat-buat tak tahu.
    cikgu percaya awak boleh.
    dalam hidup kita memang ada naik dan turun. kita takkan selalu ada di atas,
    supaya kita akan sentiasa lebih berusaha ke arah yang lebih baik.
    apapun, cikgu doakan yang terbaik untuk awak.
    semoga berjaya di dunia dan akhirat. aminn. :)

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam cikgu.
    terima kasih cikgu. ye la, dah buat salah tu mengaku je lah,kan? tak kan lah nak salahkan orang lain pulak. :|
    hmm... terima kasih sbb support saya,cikgu. :)
    amin...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KESUMA 2016

puasa di stj

what life teaches me about myself this year.